top of page
sysbepasiphe

Kitab Senjata Mukmin.pdf



Di antara kitab yang berisi doa, wirid dan hizib yang masyhur dan telah lama beredar dalam masyarakat kita adalah kitab "Senjata Mukmin". Kitab ini sangat terkenal, bahkan di Haramain pun ada tok-tok guru, terutama sekali yang berketurunan Banjar yang menjadikannya sebagai buah tangan kepada tetamu yang datang bertandang. Walaupun kitab ini telah dicetak berulang-ulang kali, namun ramai yang tidak mengenali tokoh yang telah menyusun kitab yang berkat ini.Kitab ini dikarang oleh seorang ulama Banjar yang pernah menjadi qadhi di Martapura. Beliau adalah KH Husin Kudri @ Husein Qadri bin Mufti KH Ahmad Zaini bin KH Abdul Rahman al-Banjari. Dilahirkan pada 17 Ramadhan 1327H. Bonda beliau bernama Hajjah Sanah adalah cicit kepada Mufti Jamaluddin. Dari kecil lagi Syaikh Husin Kudri telah diasuh dengan didikan agama dengan sebaiknya. Di antara guru-guru beliau adalah ayah dan datuknya sendiri, KH Kasyful Anwar al-Banjari, KH Zainal Ilmi dan lain - lain, rahimahumullahu ajma`in.Beliau kemudiannya diangkat menjadi qadhi di Martapura dan selain dari menjadi tenaga pengajar di 15 buah masjid dan surau termasuklah di Masjid Agung al-Karomah, Martapura. Setiap pengajian yang beliau kendalikan akan dihadiri ribuan jemaah. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang warak, khumul, berakhlak, lembut serta ramah dengan sesiapa jua, maka tidak hairan jika masyarakat amat menyenangi dan mengasihi beliau. Tugasnya untuk mendidik dan membimbing umat dilaksanakannya dengan bijaksana dan penuh kasih sayang.Syaikh Husin Kudri rahimahullah wafat pada hari Jumaat, 27 Jamadil Awwal 1387H dan dimakamkan di Tunggul Irang, Martapura. Selain meninggalkan ribuan murid, maka antara karya tulis yang beliau tinggalkan adalah:-1. Senjata Mukmin;2. Manasik Haji dan Umrah;3. Nurul Hikmah;4. Kitab Khutbah Jumaat;5. Sebuah Tafsir al-Quran.Mudah-mudahan Allah merahmati beliau sentiasa dan memberkati kita sekalian, aamiin .... al-Fatihah.Foto Syaikh Husin Kudri dalam "Senjata Mukmin"




Kitab Senjata Mukmin.pdf



Menurut kitab Senjata Mukmin karya tulisan Al-Allamah Syeikh Haji Husin Qadri, barang siapa beramal dengan membaca ayat-ayat 33 ini pada siang atau malam hari, adalah dia dalam aman sentosa, terpelihara daripada segala kebinasaan dan terpelihara hartanya daripada pencuri, perompak dan sebagainya pada siang atau malam harinya, dengan izin Allah SWT.


Ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat manzil menurut Syeikh Muhammad Talha. Ia disebut juga dalam perlbagai kitab seperti Al-Qaulul Jamil karya tulisan Al-Muhaddisin Syeikh Syah Waliullah r.a. dan Bihisti Ziwar karya Syeikh Ashraf Ali Thanawi.


Syeikh Ashraf Ali Thanawi di dalam kitabnya Bihisti Ziwar, mengajar cara perubatan menggunakan ayat ini. Menurutnya, jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Dan, jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah.


Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh Haji Muhammad Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan (bapa kepada mantan Mufti Besar Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Murtadza Bin As-Syeikh Haji Ahmad) dalam kitabnya Safinatus Salamah telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat 7, ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat diri, ahli keluarga dan harta benda serta perubatan daripada penyakit dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi.


5.Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. 2ff7e9595c


61 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page